Followers

Friday, September 4, 2015

VERSI CINTA KITA - BAB 5





IRYANI masih tidak berhenti menangis. Hatinya terlalu sedih. Bantal peluk itu sudah basah dengan air matanya.
Aniqah jadi tidak keruan. Puas dia memujuk Iryani namun gagal. Iryani seolah-olah tidak mahu berhenti menangis.
Iry, dahlah tu. Janganlah menangis lagi,” pujuk Aniqah lagi. Rambut Iryani diselak ke belakang telinga.
Iryani menepis tangan Aniqah.
Iry, dahlah tu,” ujar Aniqah seraya menarik bantal peluk Iryani.
Iryani tersentak. Dia langsung tidak menyangka Aniqah akan bertindak demikian. Namun, tidak sampai beberapa saat, dia kembali menangis.
Aniq, teruk sangat ke saya? Apa salah saya sampaikan dia benci sangat pada saya? Sebab saya buta ke? Saya tahu saya ni suka menyusahkan orang tapi...” luah Iryani setelah tangisnya mula reda. Namun, esakannya masih bersisa.
Kenapa awak cakap macam tu, Iry?” soal Aniqah. Dia terperanjat mendengar soalan itu. Ada apa-apa yang berlaku ke sebelum dia tiba di tempat tadi? Aniqah duduk di sebelah Iryani. Bahu Iryani dipautnya lembut.
Aniq, saya rasa saya tak patut datang sini. Saya dah buat silap besar sebab datang sini. Kalaulah saya tak datang.”
Iry, jangan main dengan perkataan kalau. Itu kan ayat yang disukai syaitan laknatullah. Ia seolah-olah awak menyesali tindakan awak sekali gus membuka pintu untuk gangguan syaitan. Sebab itu awak fikir yang bukan-bukan.”
Tapi saya memang menyesal. Kalaulah saya tahu benda ni semua nak jadi, saya takkan datang sini. Saya tak sangka kehadiran saya dekat rumah ni mengundang kebencian mereka. Awak tahu tak, hati saya ni sakit bila dia tengking saya macam tu sekali tadi. Macamlah saya ni tak ada harga diri sampai sanggup rendahkan maruah saya macam tu sekali.”
Iry, awak lupa apa janji awak pada ibu dan ayah awak?” Aniqah cuba mengingatkan Iryani tujuan mereka datang ke vila itu.
Saya tak pernah lupa. Janji itu akan selalu saya ingat tapi saya tak cukup kuat nak kotakan janji saya.”
Awak tak teringin nak melihat semula?”
Iryani terdiam. Soalan Aniqah membuatkan dia terkedu. Melihat? Mampukah dia setelah enam tahun hidup dalam kegelapan?
Kenapa saya tak mati aje dalam kemalangan tu? Kenapa saya hidup dan buta?” Penyesalan terbit daripada benak hati Iryani.
Pang! Satu tamparan hinggap di pipi Iryani. Iryani terkesima. Tangan kirinya mengusap kesan tamparan tersebut.
Maafkan saya, Iry. Saya... saya...” pohon Aniqah atas keterlanjurannya. Dia sendiri tidak menyangka dia akan bertindak sedemikian. Dia benar-benar terkilan dengan kata-kata Iryani.
Kenapa semua ni berlaku ke atas saya?” Esakan Iryani kembali mengisi kamar itu.
Iryani, setiap yang berlaku dalam hidup ni ada hikmahnya. Awak buta agar awak boleh nampak perangai sebenar orang sekeliling awak. Awak tak sedar ke selama ni awak hanya diperguna mereka? Lepas awak buta, satu per satu kawan baik awak tinggalkan awak. Awak tak sedar ke semua tu?”
Iryani berhenti menangis serta-merta.
Cukuplah awak menyesali hidup awak. Biarlah mamat sombong tu nak kata apa pada awak. Asalkan awak tahu perkara sebenar. Dia tu bukan siapa-siapa dalam rumah ni. Awak mungkin buta secara zahir tapi saya percaya mata hati awak tak buta, kan?” soal Aniqah sekali gus memujuk Iryani.
Iryani diam. Dia akui kata-kata Aniqah. Kawan-kawan baiknya pergi meninggalkan dirinya saat dunianya gelap. Malah, satu-satu kawan baiknya sedari kecil juga turut mengkhianatinya. Mereka sanggup membulinya. Mujurlah pada ketika itu Aniqah datang menghulurkan persahabatan.
Dahlah. Hari pun dah nak malam ni. Kita mandi dulu. Lepas ni, kita turun dinner, okey?” saran Aniqah.
Iryani menghela nafas sedalamnya sebelum dia mengukir senyuman. Dia sedar dia harus kuat.
Aniqah menarik nafas lega. Syukurlah Iryani sudah kembali dalam pertimbangannya yang waras. Dia tahu Iryani rasa terbeban dengan tanggungjawab yang dipikulnya namun itulah satu-satunya cara untuk Iryani kembali melihat. Kos pembedahan mata yang terlalu tinggi membuatkan bapa Iryani terpaksa akur dengan cadangan Tengku Azimudin sehingga mengenepikan sebuah dendam.

ENCIK IKMAL menjemput lelaki berusia pertengahan 60-an di hadapannya duduk. Tidak lama kemudian Puan Bainon tiba dengan menatang sebuah dulang yang berisi sebiji teko dan beberapa biji cawan.
Jadi, Ikmal sudi tak nak ikut pak cik pulang?” Tengku Azimudin meminta kepastian. Wajah jejaka yang saling tidak tumpah dengan wajah arwah sahabatnya, Daud, diperhatikan. Sudah hampir 30 tahun dia tidak bertemu dengan keluarga Daud.
Saya sebenarnya masih tak percaya lagi dengan apa yang saya dengar. Mustahil ayah saya punyai harta sebanyak tu.” Encik Ikmal mengeleng kepalanya.
Sukar untuk dia menerima hakikat tersebut. Seingatnya, bapanya sudah memulangkan semua saham IZ Holdings sebelum mereka sekeluarga bertekad untuk memulakan hidup baru.
Arwah Daud mungkin tak pernah cerita pada kamu tapi arwah Daud memang mempunyai harta dan saham di IZ Holdings. IZ Holdings takkan berjaya tanpa arwah Daud.”
Jadi, pak cik nak saya buat apa sekarang?” soal Encik Ikmal.
Dia tidak mahu perbincangan itu diteruskan. Mendengar bicara Tengku Azimudin sahaja sudah cukup untuk membuatkan dirinya dilanda amarah. Pada Encik Ikmal, lelaki itu sudah banyak menyusahkan dirinya dan keluarganya sehingga menyebabkan ibunya sakit.
Pak cik nak pulangkan apa yang sepatutnya jadi milik kamu.”
Pulangkan?” Encik Ikmal mengerutkan dahinya.
Kami tak ada apa-apa yang nak diterima,” tegas Encik Ikmal.
Siapa kata tak ada? 15 peratus saham IZ Holdings adalah milik kamu. Sekarang dah tiba masanya pak cik pulangkan apa yang sepatutnya jadi milik kamu.” Tengku Azimudin mencapai briefcase miliknya lalu diletakkan di atas meja kopi di ruang tamu itu.
Tak apalah, pak cik. Kami tak perlukannya. Kami harap pak cik simpan ajelah harta tu semua. Kami tak nak terlibat dalam semua ni.” Briefcase hitam yang dihulurkan oleh Tengku Azimudin ditolaknya secara berhemah. “Dan setahu saya, abah dah pulangkan semua harta dan saham dia pada pak cik. Jadi, kami dah tak ada kaitan dengan IZ Holdings.”
Assalamualaikum.”
Pandangan mereka berdua berkalih ke pintu rumah. Kelibat Iryani dan Aniqah yang baru sahaja pulang daripada bersiar-siar membuatkan senyuman terukir di bibir Encik Ikmal.
Anak ke?” Tengku Azimudin meminta kepastian.
Encik Ikmal teragak-agak mengangguk.
Dah besar dah cucu Daud.” Tengku Azimudin mengukir senyumannya.
Dua-dua perempuan?” telah Tengku Azimudin.
Seorang aje. Namanya Iryani. Yang itu kawan dia.”
Iryani? Sedap namanya,” puji Tengku Azimudin. Senyuman terukir pada wajah tuanya.
Iryani terus berlalu meninggalkan mereka.
Aniqah hanya membuntuti. Sempat dia menunduk tanda hormat kepada Tengku Azimudin.
Tengku Azimudin mengerutkan dahinya. Tingkah laku Iryani mengundang rasa peliknya. Berdaulatkah gadis itu sehingga perlu dipimpin?
Maaf kalau pak cik bertanya tapi... Iryani tu ada masalah ke?” soal Tengku Azimudin. Dia paling pantang kalau dirinya tidak dihormati. Pangkatnya sebagai seorang Tengku bagai dipijak-pijak.
Iryani tu buta. Dia tak boleh melihat.” Sayu suara Encik Ikmal menyatakannya. Dia dapat mengagak soalan Tengku Azimudin.
Maaf, pak cik tak tahu pula. Lama dah ke dia macam tu?” Tengku Azimudin dihimpit rasa bersalah.
Dah hampir enam tahun. Semuanya bermula sebab kemalangan semasa Iryani berumur 17 tahun.
Tak pergi berubat ke? Kat mana-mana hospital mata?” cadang Tengku Azimudin.
Kami mana mampu, pak cik. Kos pembedahan terlalu tinggi.”
Siapa kata?” Tengku Azimudin mendapat satu idea. Mungkin ini adalah caranya untuk dia membalas jasa arwah sahabatnya itu.
Maksud pak cik? Saya tak faham.” Encik Ikmal mengerutkan dahinya.
Siapa kata kamu tak mampu? Harta peninggalan arwah Daud masih ada, kan? Dengan harta tu kamu mampu untuk sembuhkan Iryani,” ujar Tengku Azimudin seraya tersenyum.

REMPUHAN dari luar biliknya membuatkan Tengku Elman terkedu seketika. Dia pantas menoleh.
Nak ke mana?” soal Tengku Azimudin sebaik sahaja terlihatkan kelibat Tengku Elman yang sedang bersiap.
Keluar. Jumpa Naim. Atuk nak apa?” soal Tengku Elman. Tangannya ligat menyisir rambutnya.
Kamu baru balik. Nak keluar lagi?” soal Tengku Azimudin.
Tengku Elman enggan menjawab. Dia terus menyikat rambutnya.
Kenapa Elman benci sangat dengan Iryani tu?” Tengku Azimudin terus menyoal apabila tiada respons daripada cucunya. Matanya tajam melihat Tengku Elman.
Balik-balik pasal si buta tu. Tak ada benda lain ke atuk nak tanya? Ni tak, 24 jam pasal si buta tu. Elman rimaslah,” protes Tengku Elman. Jaket kulit berwarna hitam miliknya dicapai lalu disarung ke tubuhnya.
Apa yang Elman buat pada dia sampaikan dia menangis macam tu sekali?”
Ternyata Tengku Azimudin masih tidak berpuas hati dengan tindakan Tengku Elman petang tadi. Suara Iryani mengadu kepada Aniqah yang didengarnya secara tidak sengaja lewat petang tadi terngiang-ngiang di telinganya.
Aik, dia mengadu ke? Dasar perempuan kampung.”
Dia tak pernah mengadu pada atuk. Atuk terdengar dia mengadu pada kawan dia. Kenapa jadi macam tu? Apa yang Elman cakap pada dia sampai dia menangis macam tu sekali?”
Salah ke kalau Elman kata dia tu tahu menyusahkan orang? Dahlah buta, ada hati nak jalan sendirian dekat rumah ni,” luah Tengku Elman.
Dahlah. Elman nak keluar kejap.” Tengku Elman mengeluarkan telefon bimbitnya. Nombor Naim didail sebelum dia melangkah meninggalkan bilik itu.
Malam ni Elman tak balik kot. Elman pergi rumah Naim.” Kelibat Tengku Azimudin yang masih menantinya di dalam biliknya itu langsung tidak dipedulikan.
Elman!”
Panggilan Tengku Azimudin langsung tidak diendahkan. Tengku Elman terus berlalu meninggalkan kediaman tersebut.
Tengku Azimudin melepaskan keluhan kecil. Kenapalah Elman tu ego sangat? Penyesalan mulai terbit dalam dirinya. Mungkin ini adalah silapnya kerana terlalu memanjakan cucunya yang satu itu. Tidak semena-mena jantungnya berdenyut kencang. Tengku Azimudin terduduk menahan sakit.

NAIM terus menuju ke meja Tengku Elman. Suasana Cinnamon Cafe yang tenang itu memang sentiasa menjadi tumpuan untuk orang menenangkan fikiran. Terutamanya bila malam menjelma termasuklah Tengku Elman.
Ada ke patut atuk buat macam tu? Dia ingat aku ni patung ke? Senang-senang nak suruh ke sana ke sini? Dia yang terlibat dalam perjanjian tu, aku pulak yang kena bahananya? Gila ke apa?” Tengku Elman meluahkan rasa tidak puas hatinya. Rambutnya yang panjang segenggam itu disauk ke belakang menggunakan kedua-dua belah tangan.
Nah.” Segelas jus epal dihulurkan kepada Tengku Elman.
Kenapa kau suka sangat nak lawan cakap atuk kau? Ikut ajelah. Kau pun tak rugi, kan?” Naim memberi cadangan.
Kau gila? Aku? Kahwin dengan budak buta tu? Kau ni sihat ke tak?” Tengku Elman menyoal Naim kembali. Telapak tangan kirinya diletakkan di dahi Naim. Tak panas!
Aku sihat lagilah.” Naim menepis tangan Tengku Elman.
Aku cuma berikan pendapat aku aje. Lagipun kau bukannya ada siapa-siapa yang istimewa, kan? Jadi apa salahnya?” saran Naim.
Dia tidak mahu berlebih-lebih memberi cadangan.
Kut ya pun, bagilah idea yang bernas sikit kawan. Kalau kau galakkan lagi aku kahwin dengan budak buta tu, serupa aje tak payah tanya pendapat kau.” Tengku Elman menyandarkan tubuhnya di kerusi. Matanya tepat memandang kotak televisyen di kafe milik Naim itu. Wajah pemberita TV3 itu ditatap tanpa perasaan.
Habis tu, kau nak aku cakap apa? Cakap yang kau patut lawan cakap atuk kau?” Naim menduga. “Atau kau nak aku tanya sanggup ke kau nak gadaikan masa depan kau dengan melawan atuk kau?”
Tengku Elman terdiam. Dia tidak pernah terfikir untuk melawan datuknya. Pesanan arwah ibunya masih terngiang-ngiang di telinganya. Amanat ibunya agar sentiasa menghormati insan yang lebih tua membuatkan dia sentiasa beringat walaupun kadangkala perbuatannya agak biadab. Ya, sangat biadab bila dia mendapat tahu tentang perjanjian yang melibatkan dirinya.
Tapi aku...
Kalau kau tak nak kahwin dengan budak tu, cakap aje dengan atuk kau. Atuk kau pasti faham.”
Aku dah cakap dah.”
Apa dia cakap?”
Dia kata kalau aku tak nak kahwin dengan budak tu, dia akan tarik semua harta warisan yang dia letakkan atas nama aku lalu serahkan ke rumah anak yatim negeri,” luah Tengku Elman. Dia sama sekali tidak mahu kehilangan hak ke atas harta Tengku Azimudin.
Dan kau sanggup jadi macam tu?” duga Naim lagi. Wajah sepupunya itu ditenung penuh pengertian.
Dia sedar Tengku Elman terpaksa memilih antara dendam dan hidup. Dendam yang terjalin antara Tengku Elman kepada Puan Sri Halimah tidak mungkin akan terlangsai andai Tengku Elman kehilangan hak ke atas harta Tengku Azimudin.
Arghhh... Buntunya aku,” teriak Tengku Elman. Dia mengaru kepalanya yang tidak gatal.
Hey, relaxs bro. Okey macam ni. Aku ada satu idea.”
Apa dia?”
Macam ni...”




2 comments :

  1. jeng jeng jenggg...agaknya apalah idea si naim tu?
    cpt smbg ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi... tak tahulah apa idea naim..harap-harap Tengku Elman tak berang dengan idea dia sebab Naim tu gila-gila sikit..

      Delete

>dah baca jangan lupa komen ya...
hope kengkawan suka dengan n3 nie...
komen dari kalian sedikit sebanyak memberi semangat untuk Hana terus post lagi<