Followers

Saturday, September 5, 2015

VERSI CINTA KITA - BAB 6





SEPERTI kebiasaan, tepat jam 7.00 pagi Tini tiba untuk mengemas bilik Iryani dan Aniqah. Tanpa berlengah tugas pembersihan di bilik itu dilakukan seperti biasa. Sedang asyik mengemas katil, sepucuk surat jatuh ke lantai. Perlahan-lahan surat itu digapainya. Dia tidak ingat pula bila masa surat itu sampai ke vila itu memandangkan dialah orang yang bertanggungjawab mengambil surat dari peti surat setiap pagi.
Iryani melangkah keluar dari kamar mandi. Dia bergerak menuju ke almari baju. Kehadiran Tini sudah pun dapat diagak dari awal.
Awal kamu hari ni Tini?” tegur Iryani. Senyuman manis diukir.
Eh, Cik Iry. Tak perasan pulak saya.” Tini terkejut dengan kehadiran Iryani. Surat itu segera dimasukkan semula ke dalam sampul.
Kenapa pulak awak kena terperanjat Tini?” soal Iryani selamba.
Eh, tak ada apalah. Ni hah, saya leka baca surat ni.
Surat? Surat apa?” soal Iryani pelik. Dia tidak ingat pula bila dia menerima surat.
Surat permohonan penangguhan satu semester Cik Aniq,” sambung Tini.
Iryani mengerutkan dahinya seketika. “Surat penangguhan?”
Bunyi kuakan pintu menarik perhatian mereka berdua. Kehadiran Aniqah membuatkan Tini tergamam.
Cik Aniq!”
Mata Aniqah terbeliak melihat surat yang berada di pegangan Tini. Dia terus memanjangkan langkahnya seraya merampas surat tersebut. Tini tersentak diperlakukan begitu. Bunyi renyukan surat itu membuatkan Iryani terdiam seketika.
Tini, awak turun dulu,” pinta Iryani.
Tapi Cik Iry...”
Tak apa. Nanti pun awak boleh sambung kemas. Saya ada hal nak buat sikit.” Lembut Iryani berbicara.
Kalau macam tu, saya minta diri dulu,” pinta Tini seraya melangkah keluar dari bilik tersebut. Hatinya benar-benar kecut saat itu.

KENAPA marah?” soal Iryani dingin. Bahang mentari pagi sengaja dibiarkan hinggap pada kulitnya yang putih itu. “Saya tak pernah marah kalau awak nak balik ke Poland. Saya tak halang pun tapi tangguh? Kenapa?”
Saya...” Aniqah teragak-agak untuk memulakan kata-kata. Dia diam di sisi katil tanpa mampu berbuat apa-apa.
Saya kenal awak. Awak bukan seorang yang sanggup korbankan cita-cita demi persahabatan. Tempat awak memang dekat sana. Tak perlu korbankan cita-cita awak untuk saya yang sudah tentu tak berguna ni,” sambung Iryani lagi. Air matanya mula menitis.
Tapi saya tak sanggup nak biarkan awak dekat sini seorang diri. Dunia ni terlalu baru untuk awak. Awak belum cukup kuat untuk hadapi dunia baru ni. Malah, dengan apa yang berlaku semalam...
Baru ataupun tidak, saya ada hidup saya. Begitu juga awak. Berhenti daripada memanjakan saya. Kalau awak tetap nak menjaga saya, macam mana dengan impian awak untuk menjadi seorang doktor?” sampuk Iryani. Hatinya terasa perit bila sahabatnya sanggup melupakan cita-citanya untuk menjadi seorang doktor demi dirinya.
Tapi Iry, saya tak sanggup nak biarkan awak seorang diri.”
Bukannya lama pun awak pergi. Takkan awak nak korbankan cita-cita awak? Pergilah, tak perlu risaukan saya. Tini kan ada. Dia akan jaga saya. Lagipun, awak tak sayang ke nak tangguh? Tangguh satu sem maksudnya awak tangguh graduation awak. Awak sanggup graduate lambat? Orang lain berebut-rebut nak habiskan belajar cepat, awak nak tangguh pula. Rugi awak tahu tak?”
Tapi...”
Awak tak perlu risau. Saya tahu jaga diri saya,” akui Iryani walaupun dia sendiri tidak pasti adakah dirinya mampu berhadapan dengan semua cabaran tanpa bantuan Aniqah.
Iry, maafkan saya,” ujar Aniqah, perlahan. Dia bergerak merapati Iryani lantas tubuh kecil Iryani diraih ke dalam pelukannya.
Iryani lambat-lambat membalas pelukan Aniqah. Betulkah keputusannya untuk membenarkan Aniqah pergi? Dia mengetap bibirnya.

MALAM itu, Iryani langsung tidak dapat melelapkan mata. Sudah puas mengiring ke kanan, dia berpusing ke kiri pula, namun hasilnya tetap sama. Matanya tidak juga dapat dilelapkan. Akhirnya, setelah jam mencecah 3.00 pagi, Iryani mengambil keputusan untuk keluar dari bilik tersebut.
Iryani bangkit dari katilnya perlahan-lahan. Dia tidak mahu pergerakannya dikesan Aniqah yang sedang nyenyak dibuai mimpi. Iryani meraba-raba meja sisi katil untuk mencari tongkat lipatnya. Sebaik sahaja tongkat putih itu berada di genggamannya, dia segera bergerak ke luar. Dinding di dalam bilik itu dijadikan panduan untuk dia keluar tanpa membuka lipatan tongkatnya.
Iryani menarik nafas lega sebaik sahaja kakinya memijak ruangan koridor. Tanpa berlengah, dia terus membuka lipatan tongkatnya. Perlahan-lahan, dia melangkah sambil tongkat di tangan diketuk-ketuk pada lantai.
Macam mana?”
Suara seseorang membantutkan langkah Iryani. Dia cuba mengamati suara tersebut. Dia kenal suara itu. Sebaik sahaja suara insan itu kedengaran begitu hampir dengannya, Iryani segera menekup mulutnya. Dia terundur beberapa tapak ke belakang sebelum tubuhnya terlanggar seseorang.
Iryani cuba meronta minta dilepaskan namun gagal. Kudrat insan itu terlalu kuat untuk dilawan. Iryani cuba menjerit namun gagal.
Shh... jangan jerit,” bisik lelaki itu di telinganya.
Awak siapa? Tolonglah. Jangan apa-apakan saya,” pohon Iryani. Dia benar-benar takut.

No comments :

Post a Comment

>dah baca jangan lupa komen ya...
hope kengkawan suka dengan n3 nie...
komen dari kalian sedikit sebanyak memberi semangat untuk Hana terus post lagi<