Followers

Saturday, August 6, 2016

CKET : BAB 5





Sedari mesyuarat bermula di bilik persidangan Hotel Carissa, Rihan hanya mendiamkan diri. Dia bukannya tidak faham tentang apa yang ahli lembaga syarikat bincangkan cuma topik itu langsung tidak menarik.
Dia cuma pembantu neneknya, kenapa pula dia perlu belajar tentang semua itu? Dan misinya adalah untuk memindahkan bistro ke dalam Le Carissa dan Hotel Carissa, bukan nak belajar cara menguruskan Carissa Holdings!
Sebaik sahaja mesyuarat itu tamat, Rihan mahu terus keluar dari bilik persidangan. Dia tidak betah berlama di situ, namun tindakannya terbantut. Zea terlebih dahulu menuju ke arah ahli lembaga syarikat yang masih belum pulang. Rihan sekadar mengekori dari belakang. Dia tidak berani mahu keluar bersendirian. Takut sesat. Kalau sesat, niaya saja nanti.
Encik Hazriq,” tegur Zea sebaik sahaja menghampiri kumpulan itu.
Kaki Rihan berhenti melangkah. Nama Hazriq buatkan jantungnya berdebar. Dia sama sekali tidak menyangka secepat itu dia akan bertemu dengan Hazriq. Setahunya Hazriq tidak campur urusan syarikat memandangkan Hazriq bekerja dengan syarikat luar.
Jejaka itu terus berpaling menghadap Zea. Senyuman manis terus terukir menampakkan lesung pipit.
Zup! Rihan terasa jantungnya berdegup kencang. Mukanya terasa membahang.
Dia terus teringat akan perihal pertunangannya. Selama ini, dia yang berkeras tidak mahu berjumpa dengan Hazriq. Semasa Hazriq datang ke Paris pun dia enggan berjumpa. Kalaulah dia tahu Hazriq sekacak itu. Hisy! Rihan behave yourself. Ingat, kau tak suka dia! Rihan cuba meredakan debaran di hatinya.
Hai, Zea.” Lelaki itu tersenyum kecil.
Jantung Rihan berdegup semakin laju. Suara lelaki itu mengingatkannya kepada seseorang. Pandangan Rihan jatuh pada raut wajah Hazriq. Lama dia diam memerhatikan Hazriq. Wajah Hazriq terasa begitu dekat dengan hatinya.
Apa khabar? Lama tak jumpa.” Mesra Zea memulakan perbualan. “I ingat you tak datang malam ni memandangkan you kerja kat tempat lain.”
Rihan hanya diam di tepi. Mata Hazriq yang kuyu, senyumannya yang manis membuatkan hatinya berdetak. Namun, dia cuba kawal. Wajarkah dia ikut cakap Rossa? Lupakan Haiqarl dan cuba suka kepada Hazriq? Hisy! Rihan pantas menggeleng laju. Belum tiba masanya lagi untuk dia suka kepada tunangnya itu.
Mama sibuk dengan runway. Jadi, terpaksalah saya datang ganti.”
Zea mengangguk laju.
Oh. Kamu berdua saling mengenali, kan?” soal Zea.
Rihan mengerutkan dahinya. Perlu ke aku cakap aku kenal mamat ni? Rihan serba salah.
Oh, forgive me, Cik Rihan.” Zea memohon maaf atas kesilapannya. Dia terlalu teruja berjumpa dengan Hazriq.
Hazriq merupakan antara teman yang paling rapat dengannya di Hotel Carissa. Zea mengenali Hazriq ketika Hazriq bekerja sebagai kerani sambilan di Carissa Holdings semasa cuti semester. Kadangkala Hazriq akan datang ke Carissa Holdings untuk melawat ibunya, Datin Nor.
Kenalkan, ni Encik Hazriq. Anak kepada salah seorang ahli lembaga pengarah Carissa Holdings. Rasanya, Nenek Fleury ada beritahu Cik Rihan, kan?” Zea meminta kepastian.
Diam Rihan membuatkan dia keliru. Takkanlah tunang sendiri tak kenal atau Rihan berpura-pura tidak kenal?
Selalunya mama dia yang hadirkan diri ke mesyuarat macam ni. Tapi hari ni entah apa mimpinya, he shows up!” Bersemangat Zea bercerita.
Hazriq.” Hazriq tersenyum manis. Dia menghulurkan tangannya untuk berjabat.
Rihan memandang kosong huluran Hazriq. Dia mahu sambut huluran itu, tapi entah kenapa tangannya kaku. Aura yang keluar daripada Hazriq buatkan dia terpanar di situ. Segalanya tentang Hazriq buatkan jantungnya berdetak. Adoi, dah kenapa dengan jantung aku ni?
Rihan.” Itu sahaja yang mampu dia tuturkan.
Riak muka Hazriq berubah. Perlahan-lahan dia menarik kembali hulurannya. Dia merasakan Rihan tidak suka dengan kehadirannya di situ.
Zea, jom balik.” Rihan terus mengajak Zea pulang. Dia tidak betah berlama di situ.
Zea tersentak mendengar arahan Rihan. “Alah, Cik Rihan. Nak balik dah?”
Ya. Saya penat. Saya nak balik,” ujar Rihan. Dia terus beredar dari situ.
Mahu ataupun tidak, Zea terpaksa akur. Dia cepat-cepat meminta diri daripada Hazriq untuk beredar.
Hazriq hanya memerhatikan susuk tubuh Rihan yang semakin menjauh. Senyuman terukir di bibirnya. Rihan sudah berubah menjadi seorang gadis yang cantik. Walaupun begitu, Rihan di hadapannya masih sama dengan Rihan yang dikenalinya dahulu dan dia tahu Rihan masih belum kenal siapa dirinya.
Dia melepaskan keluhan kecil. Rihan tidak memakai cincin tunangnya. Hatinya dipagut rasa sedih. Begitu pun, dia akan pastikan Rihan suka kepadanya sebelum gadis itu kembali ke Paris.

ARA segera bersembunyi di sebalik sebuah kereta Myvi berhampiran saat matanya menangkap kelibat orang-orang yang mengekorinya. Matanya meliar memerhatikan sekumpulan lelaki-lelaki botak itu ke hulu dan ke hilir mencarinya. Kelihatan mereka berkumpul dan berpecah. Hanya seorang daripada mereka memandang ke kereta Myvi yang dijadikan tempat persembunyian.
Tut! Tut!
Ara tersentak. Bunyi kunci kereta dibuka mengalihkan pandangannya.
Ara pantas mengintai. Kelihatan kelibat seorang jejaka melangkah ke arahnya, membuatkan Ara jadi tidak keruan. Mana nak lari ni? Kalau dia masih di situ, pasti kumpulan botak itu dapat menangkap dirinya bila kereta itu mula bergerak.
Ara terus kalut. Matanya tajam memerhatikan pemilik kereta itu. Saat lelaki itu berhenti untuk membetulkan tali kasutnya yang tercabut, Ara terus masuk ke dalam kereta tersebut. Apa yang penting, dia perlu selamatkan dirinya. Tanpa dia sedari, telefon pintarnya yang berada di poket belakang seluar terjatuh.

RIHAN hanya melorotkan pandangannya ke sebuah kereta Myvi yang lalu di hadapannya. Ada sesuatu pada kereta itu yang menggamit pemerhatiannya.
Kenapa saya tengok Cik Rihan macam tak suka aje dengan Encik Hazriq?” soal Zea tidak semena-mena.
Lamunan Rihan berkecai. Pandangannya berkalih kepada Zea. “Zea, tak payahlah bercik dengan saya. Rihan cukup. Make it as simple as possible.
Zea tersengih menampakkan sebaris giginya yang putih.
Two caramel machiatos ready.” Pelayan itu menyerahkan pesanan mereka berdua.
Thank you.” Rihan dan Zea tersenyum tanda sama-sama.
Saya rasa Encik Hazriq suka pada Cik... Ops, pada Rihan.” Zea segera menyerahkan caramel machiato milik Rihan yang dibelinya di The Coffee Bean & Tea Leaf.
Mereka tidak langsung terniat untuk makan di situ sebaliknya lebih selesa berjalan sambil minum.
Suka? Kami kenal pun tidak,” ujar Rihan, perlahan.
Dia yakin Zea masih belum tahu tentang pertunangannya dengan Hazriq. Tangan kanan Rihan memegang kopi sementara tangan kirinya melekap di dada. Jantungnya kembali berdegup kencang bila teringatkan wajah Hazriq. Hazriq terasa begitu dekat dengan jiwanya. Very far yet very close! Pandangannya! Cara bercakapnya!
Kenapa Rihan? Awak okey?” soal Zea. Risau pula dia bila Rihan begitu.
Rihan pantas menggeleng. “Tak ada apa-apa. Awak jangan risau. Saya bukannya tak suka dengan Encik Hazriq tu. Cuma, saya tak selesa dengan pandangan dia.”
Maksud awak?” Zea inginkan kepastian.
Entahlah!”
Awak suka dia?” soal Zea.
Saya tak kata saya suka dia,” tegas Rihan.
Habis tu, awak tak suka dia?”
Saya juga tak kata saya tak suka dia!”
Then, apa masalahnya? Kenallah dengan dia. Hazriq satu-satunya kawan saya di Hotel Carissa. Dia baik. Dia pernah tolong saya daripada kena marah dengan Nenek Fleury masa saya mula-mula kerja di sini.”
Dia baik tak semestinya dia sesuai dengan saya, Zea.”
Kenal dia dulu. He can be as sweet as candy you know!” Melambung Zea memuji Hazriq.
Rihan hanya diam. Memang dia tidak kenal dengan Hazriq, namun hatinya berdetak laju bila melihat Hazriq. Dia tidak tahu kenapa tapi bila ia terjadi dia tidak selesa.
Ada satu pepatah yang sangat popular di Malaysia ni, Rihan. Bunyinya, tak kenal maka yang tak cinta?” ujar Zea. “Kenallah dengan Encik Hazriq tu dulu. Mana tahu lepas kenal, boleh bercinta.”
Zea meneruskan perjalanannya. Sebenarnya, dia sudah lama tahu perihal pertunangan Rihan dan Hazriq. Tugasnya hari ini bukan saja membantu Rihan dalam urusan syarikat, tapi dia juga turut ditugaskan untuk menemukan Hazriq dan Rihan.
Rihan menggeleng. Dia takut. Dia takut seandainya dia jatuh suka kepada lelaki itu. Sedangkan rasa bersalahnya kepada Haiqarl kerana pergi tanpa sempat berjumpa masih lagi segar dalam ingatannya. Dia ingat lagi reaksi Haiqarl, memandangnya saat dia pergi pada malam itu. Itu kali terakhir dia melihat jejaka itu.
Kalau bukan kerana Maurice yang bergegas mahu berpindah pada malam itu juga, pasti hubungannya dengan Haiqarl masih baik.

No comments :

Post a Comment

>dah baca jangan lupa komen ya...
hope kengkawan suka dengan n3 nie...
komen dari kalian sedikit sebanyak memberi semangat untuk Hana terus post lagi<