Followers

Saturday, August 6, 2016

CKET : PROLOG II






PROJEK pertunjukan fesyen yang dianjurkan oleh Puan Nor mendapat sambutan hangat. Ramai wartawan dan para peminat fesyen daripada serata dunia turut menghadirkan diri.
Rihan dan Maurice duduk di tempat paling depan. Puan Nor telah menjemput mereka secara eksklusif memandangkan mereka merupakan kenalan Puan Nor.
Rihan terpegun melihat fesyen yang diketengahkan oleh peragawati Puan Nor. Baju-baju yang diperagakan sangat sesuai dengan musim sejuk yang sedang mereka lalui. Tambahan lagi baju-baju itu sungguh menarik dan tertutup. Sesuai untuk dipakai oleh para Muslimah.
Mata Maurice juga tak berkelip-kelip. Maurice sangat sukakan pertunjukan fesyen seperti itu.
Rihan tersenyum melihat mamanya. Menurut Nicholas, mamanya itu memang suka pertunjukan fesyen. Masa dia masih kecil, pantang ada pertunjukan fesyen, mamanya pasti pergi. Maklumlah, mama dan pak ciknya itu berasal daripada keluarga kaya. Keluarga ternama di Paris cuma sekarang mamanya tidak seaktif dulu. Mungkin kerana mama telah dibuang keluarga oleh nenek.

HAI, Haiqarl.”
Teguran seorang lelaki berusia awal 40-an itu membuatkan Haiqarl menarik senyuman di wajahnya. Lelaki itu merupakan bakal majikannya sejurus tamat pengajian dalam bidang seni bina nanti. Kebetulan lelaki itu ada persidangan di Paris, Haiqarl terus sahaja menjemput lelaki itu ke pertunjukan fesyen mamanya.
Lelaki itu terdiam memerhatikan sekujur tubuh yang memandang tepat ke arahnya. Dia bagaikan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Zaleha ke tu?

MAURICE bangun daripada duduknya.
Kenapa, mama?” Rihan pelik melihat mamanya.
Jom. Kita balik sekarang,” ujar Maurice, tiba-tiba. Matanya tertancap pada satu sudut. Kelihatan seorang lelaki tua seusianya sedang rancak berborak.
Kenapa? Runway tak habis lagi,” ujar Rihan. Matanya turut melorot ke arah yang dilihat Maurice.
Jangan banyak cakap. Jom, kita pergi.” Maurice terus keluar dari bilik itu.
Rihan mengerutkan dahinya. Cepat-cepat dia mencapai tas tangan dan mengekori mamanya.
Maurice langsung tidak mempedulikan mata-mata yang memandang. Dia terus menarik Rihan keluar.
Rihan sekadar menuruti. Dia mahu berjumpa dulu dengan Haiqarl, tapi gesaan ibunya buatkan dia tidak sempat bertemu dengan lelaki itu. Hanya matanya yang melorot meninggalkan Haiqarl. Haiqarl dilihatnya hanya diam berdiri di situ bersama seorang lelaki berusia awal 40-an.

MEREKA masih lagi berdiamkan diri saat tiba di Pangsapuri de Fleury. Maurice terus sahaja duduk di sofa. Rihan pula dibiarkan saja berdiri di pintu.
Mama, kenapa kita keluar macam itu aje? Apa Puan Nor akan fikir nanti?” tegur Rihan.
Biarpun dia masih belum berkesempatan bertemu dengan mama Haiqarl, dia tetap rasa bersalah.
Kita kena pindah!” ujar Maurice setelah lama berdiam diri. Matanya tertancap pada televisyen. Camilla dan anak-anaknya masih belum pulang lagi.
Tapi kenapa?” soal Rihan, pelik. Dia duduk di sebelah Maurice. “Kenapa mama buat keputusan ni secara tiba-tiba?”
Kita tak selamat lagi dekat sini. Kita kena pindah secepat mungkin.” Maurice masih bertekad dengan keputusannya. “Mama akan uruskan semuanya. Rihan jangan risau.”
Tapi, mama...
Ma décision est définitive. Ne discute pas. (Keputusan mama muktamad. Tak ada bantahan),” ujar Maurice dalam bahasa Perancis, separa meninggi. Matanya tajam memandang mata Rihan.
Rihan terkedu. Suara mamanya yang meninggi membuatkan dia sedikit tersentak. Maurice jarang berbahasa Perancis dengannya. Kalau mamanya sudah mula berbahasa Perancis dengannya itu bermaksud Mausrice sudah tekad dengan keputusannya.
Rihan benci mama!” Rihan terus mencapai tas tangannya lalu berlari ke biliknya. Dia tidak menyangka mamanya sanggup membuat keputusan tanpa berbincang dengannya.

No comments :

Post a Comment

>dah baca jangan lupa komen ya...
hope kengkawan suka dengan n3 nie...
komen dari kalian sedikit sebanyak memberi semangat untuk Hana terus post lagi<